•✿ســـمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿
Segelintir
masyarakat pada hari ini masih lagi kurang memahami mengenai menutup aurat dengan
sempurna... mungkin ? Mereka menganggap menutup kepala iaitu memakai tudung
sudah lengkap menutup aurat, sedangkan ia masih lagi belum dikira sempurna..Islam merupakan satu cara hidup yang
lengkap, meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat, peribadi dan masyarakat,
aqidah dan akhlak dan sebagainya.Islam meletakkan wanita ke satu darjat yang
tinggi dalam masyarakat, di mana wanita dianggap suci dan dipelihara serta
dilindungi kesuciannya
Firman Allah Swt :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31].
Firman Allah Swt :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.
=>Secara umumnya,aurat
lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut,manakala aurat perempuan pula ialah
seluruh bahagian badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tangan hingga
pergelengannya sahaja.
=> Aurat perempuan dengan lelaki muhram dan perempuan Islam ialah antara pusat ke lutut.
=> Aurat perempuan dengan perempuan kafir dan dengan lelaki bukan muhram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan hingga pergelengannya.
Aurat wanita adalah
:
**Seluruh anggota
tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.
** Tidak tabarruj (boleh
menyebabkan pandangan mata tertuju
kepadanya
**Kain yang tebal dan
tidak nipis / jarang
**Pakaian yg
longgar,tidak ketat, dan tidak mengikut lekuk bentuk badan.
**Tidak menyerupai pakaian upacara agama lain **Tidak berlawanan jantina
**Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.
#Harus diingat bahawa lelaki juga terdapat aurat-auratnya yang wajib diikuti mengikut syarak :)
Bagaimana menutup aurat yang sebenar ??
Kan cantik begini ! :)
AURAT
ITU WAJIB DITUTUP!!
Itu perintah dari Allah. Bukan daripada saya, dia, ataupun siapa-siapa.
Itu perintah dari Allah. Bukan daripada saya, dia, ataupun siapa-siapa.
Muslimah, Jangan lupa pakai stokin dan armsock juga ya
! tudung biar labuh , xmahal pun ! *biar mahal maruah kita ,tidak mengapa :)
tak susah nk ikut perintah Allah, nak dengan xnak ja ,kan ? moga Allah redha :)
# La ilaha illa
anta..Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin…Tidak ada tuhan selain-Mu.
Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim...
Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim...
0 comments:
Post a Comment