Saturday 25 February 2012

engatlah !

•✿ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿

Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang 
yang paling bertaqwa 
 Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah 
manusia yang tak diuji 

 Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia 
yang paling sempurna  ..

HAKIKATNYA...

 Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga 

 Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga 
 Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka 
Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT  Dia juga MANUSIA 
 Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama..

RENUNGKANLAH ! ;)

‎"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada 
saudaranya lebih dari tiga hari,maka jika telah berlalu tiga 
hari itu,hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi 
salam kepadanya.Jika saudaranya menjawab salamnya, 
maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh 
pahala.Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia
 akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam
 itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu"
( Riwayat Abu Daud,riwayat dari abu daud ini dhoif 
tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari)..



  







0 comments:

Post a Comment

 
Fully Edit by Ara Mat Nasir | Fatin Afiqah Azizan Copyright © - All Right Reserved 2013.