Friday 10 February 2012

bidadari dunia !

•✿ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿

assalamualaikum,, salam Jumaat :) moga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT..
SAUDARI,pernah x kita pikir tentang akhlak,budi pekerti kita sebagai seorang perempuan ??
pernah x?? pernah kita muhasabah diri ke arah kebaikan ?? Ya Allah, ampunilah dosa2ku..
yalah..kita manusia,'' membuat salah dan lupa ''.. saudari,
wanita itu sungguh tinggi darjatnya.. kan ?? menjadi seorang ibu kepada anak2..
melahirkan , mendidik, ..that's why syurga itu dibwah telapak kaki ibu kita,
so, hargailah ibu kita .. 

urmm...kita terus menelaah Bidadari Dunia hari ini kan,
perempuan tu indah, mahal, tinggi kedudukannya.. right ??

ciri-ciri tu, perempuan adalah yang menjaga akhlaknya..!

Yess . Akhlaknya!!

akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keadaan kita.
Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita kan..?? 
Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan,--> cantik,.

Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada
 seribu satu kekurangan,-- > xcemerlang dalam pelajaran or anything else.. 

Dan antara yang mendamaikan jiwa manusia, adalah akhlak

Sebab tu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia :)

Akhlak, bukan semata-mata  berdiri di atas nilai murni. Apa maksud saya eh ?? 

 kita x memandang  akhlak mulia tu semata-mata berdiri di atas nilai moral. 
maksudnya, x berbogel di tengah masyarakat, sebab masyarakat 
menganggap itu satu perkara yang tidak bermoral. 
jadi kita berpakaian, sebab masyarakat cakap, berpakaian itu bermoral yaa...

 kita x menengking-nengking orang, sebab masyarakat 
anggap menengking tu perkara yang x murni. kalau kita tolong orang pulak, 
masyarakat anggap membantu orang tu perkara yang murni,,kan...??
ce try biadap ! confirm orang xsuka kan..

yes.. akhlak bukan janilai murni’ or ‘moral’ dengan ukuran masyarakat, ukuran manusia.

tapi konsep berakhlak yang sebenar , diukur dengan nilaian yang telah diletakkan oleh Allah SWT.

Masyarakat mungkin boleh terima bila pakai baju kurung,.
yalah,,nampak sopan.. manis ja kan,, 
tapi tanpa tudung,?? macam tu berakhlak, sopan..??  dalam Islam, 
belum capai tahap berakhlak lagi. sebabnya, di situ ada ‘keingkaran’ kepada Allah SWT 
jadi mcam mana kita boleh mengira keingkaran kepada Allah SWT sebagai ‘berakhlak’?

kalau pegang tangan dengan yang bukan mahram. 
Mungkin masyarakat anggap,ohh   ..xpa..  xdak masalah..bukan peluk pun. 
so,kalau pegang tangan, bersentuh bahu sama2, boleh cakap berakhlak lagi.??
BUT dalam Islam selagi kau xsah '' suami isteri '' its means NO !! 
 belum capai tahap ‘berakhlak’.. sebab ingkar kepada Allah SWT...

Jadi, bidadari dunia memahami akhlak mulia itu sedemikian rupa.

Apakah ‘akhlak mulia’? Itulah dia dengan berakhlak mengikuti akhlak
 yang telah diperintahkan oleh Allah SWT...

Maka Mereka Berakhlak dengan akhlak yang diperintahkan.

Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” Surah Al-Ahzab ayat 32.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.

Begitulah Allah SWT memerintahkan. Begitulah Rasulullah SAW menunjukkan..

Maka Bidadari Dunia itu matanya tidak liar dalam memandang yang tidak sepatutnya.. 
Tidaklah bermaksud tunduk hingga terlanggar tiang dalam perjalanannya. 
Tetapi bermaksud, tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Tiadalah pula mereka ini menunjuk-nunjukkan perhiasan mereka, kecuali 
pada tempat yang memang tidak terlindung. Tiadalah mereka menayang-nayangkan 
barang kemas, dan berlebih-lebihan dalam mengenakan hiasan...

Mereka juga menutup aurat dengan kemas. Tidak semata-mata mengikut fesyen arus itu dan ini. 
tapi memastikan bahawa yang Allah kehendaki itu selesai. 
menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah kita. Juga tidaklah hingga menunjukkan tubuh badan. 
Pakaian mereka labuh, walau apa pun yang dipakai mereka.

Mereka juga tidak ‘gedik’, mengada-ngada, melembutkan suara pada yang bukan mahram., 
dan berhubungan bebas dengan mereka. Tidak pula perempuan yang beriman ini, bidadari dunia ini,
 bila berjalan kedengaran ‘keletak-keletuk’. Mereka berjalan dengan sopan, 
teratur, dan tidak terlalu menarik perhatian..TERJAGA..!!

Walaupun ada ayat di atas menyebut ‘isteri-isteri nabi’, tetapi hakikatnya 
hukum itu jatuh kepada semua perempuan muslimah yang beriman. 
 isteri-isteri nabi adalah ibu kepada perempuan yang beriman. 
sebab tu laa mereka digelar, Ummul Mukminin. Mereka menjadi ikutan kepada 
perempuan yang inginkan keredhaan Allah SWT.

Kerana itu. Bidadari Dunia Sangat Indah.

Kerana memahami akhlak yang betul dan melaksanakannya lah, 
Bidadari Dunia menjadi sangat indah. Cuba kawan2 perhatikan semula  
 and cuba  bayangkan. Sederhana bukan?? 

Ya. Sederhana. Tidak kelihatan terlalu terkinja-kinja. Kelihatan sangat sopan.
 Amat cantik dalam erti kata cantik yang sebenar..amat indah.

Saya tidak mampu menterjemahkan dengan apa-apa perkataan lain selain perkataan Sederhana.
Tidak terlalu melebih-lebih. Dan tidak pula terlalu kurang. ‘Just nice’ orang putih kata..kan2..

Itu yang membuatkan Bidadari Dunia indah.

tapi siapa yang hendak berakhlak sedemikian rupa?
tapi siapa daripada kalangan saudari-saudari saya ingin berakhlak sedemikian?
Berakhlak dengan apa yang Allah SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu.
Akhlak yang indah. Yang cantik. Yang mulia.
Ketahuilah bahawa perempuan yang sedemikian, mahal harganya.
Terjaga. Kemas. Bukan murah yang boleh diambil oleh sesiapa. Suci!!!

~Bidadari Dunia!~

Siapakah yang mahu menjadi??? SIAPA??

RENUNGKANLAH , bukan renung ja smpai lebam matamu ! tapi.. 
ambil iktibar ,perbetulkan yg salah.. :) ok?? yes..sama2 perbaiki diri ! ;D 
  
-MENYAMPAI DAKWAH ITU WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM :)
so,mari lah berdakwah,. hidupku kerana ALLAH,matiku kerana ALLAH..-

tutupah aurat :)
  
Firman Allah swt :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.
Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa 
(dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Al-Baqarah 286)



0 comments:

Post a Comment

 
Fully Edit by Ara Mat Nasir | Fatin Afiqah Azizan Copyright © - All Right Reserved 2013.