•✿ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
assalamualaikum ukhti wa akhi :')
ADAKAH RASULULLAH RAJIN BERSEDEKAH ?
ADAKAH RASULULLAH RAJIN BERSEDEKAH ?
Sudah tentu.Rasulullah selalu memberikan teladan yg baik
kpda umatnya.Apatah lagi dgn sedekah,Rasulullah dikenali sebagai individu yg
raijn bersedekah.Dalam hadis menerangkan, ‘’Rasulullah adlah org yg paling
berani dan paling dermawan’’.{Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim}
BENARKAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ PERNAH SEDEKAHKAN SEMUA
HARTANYA?
Ya,benar..Abu Bakar As –Saddiq melakukannya semasa Perang
Tabuk.Ketika itu,Rasulullah meminta supaya semua kaum Muslimin memberi sedekah
bagi perjuangan pada jalan Allah.Pada masa itulah,Abu Bakar memberikan semua
harta yg dimilikinya.
ADAKAH USMAN BIN AFFAN JUGA BANYAK SEDEKAHKAN HARTANYA
SEMASA PERANG TABUK ?
Ya, benar.Ketika itu,Usman bin Affan memberikan lebih krg
1000 ekor unta,70 ekor kuda dan 1000 keping wang dirham.Jumlah yg diberikan
Usman bin Affan itu dapat memenuhi 1/3 keperluan belanja perang itu.Selain
dripada Abu Bakar As Siddiq dan Usman Bin Affan,ramai shabat nabi yg lain turut
sama bersedekah harta mereka bagi berjuang pada jalan Allah.
MENGAPAKAH AISYAH SELALU MENYAPUKAN MINYAK WANGI PADA
SETIAP WANG YG MAHU DISEDEKAHKAN KEPADA FAKIR MISKIN??
Menurut Aisyah,dia melakukan sedemikian krana semasa
memberikan wang kpada fakir miskin,wang itu akan diterima terlebih dahulu oleh
Allah bagi dicatat sebagai amalan ibadah.Oleh itu,kita perlu memberi wang
ataupun barang yg halal sekiranya mahubersedekah.Bukan wang ataupun barang curi
yg haram.
ADAKAH BENAR , AISYAH SELALU MENDOAKAN FAKIR MISKIN YG
DIBERI SEDEKAH?MENGAPAKAH BEGITU ????
Ya,benar.Setiap kali fakir miskin itu mengucapkan terima kasih dan mendoakan
Aisyah,maka Aisyah pun turut mendoakan mereka.Perkara itu dilakukan Aisyah
supaya pahala sedekahnya tetap dan xberkurangan.Sungguh mulia hati Aisyah kan
????
ADAKAH BENAR SA’AD BIN UBAIDAH BERSEDEKAH UNTUK IBUNYA YG
SUDAH MENINGGAL DUNIA ?
Ya, benar..Sa’ad bin Ubaidah pernah bertanya kepada
Rasulullah mengenai perkara itu.Boleh ataupun x ia bersedekah atas nama ibunya
yg sudah meninggal dunia..Rasulullah berkata,sedekahnya itu akan membuatkan
ibunya memperoleh ganjarannya..
‘’Wahai org yg beriman! Janganlah rosakkan (pahala amal)
sedekah kamu dgn perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yg menyakiti,seperti
(rosakkan pahala amal sedekah) org yg membelanjakan hartanya kerana mahu
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula x beriman kepada Allah dan
hari akhirat’’
‘’SERONOKNYA BERSEDEKAH J’’
sumber : bacaan kt library sekolah..hehe :D moga bermanfaat ^^
senyum pun sedekah jugak.. :')
0 comments:
Post a Comment