Wednesday, 30 January 2013

Perspektif Aurat Part I


ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


 



Segelintir masyarakat pada hari ini masih lagi kurang memahami mengenai menutup aurat dengan sempurna... mungkin ? Mereka menganggap menutup kepala iaitu memakai tudung sudah lengkap menutup aurat, sedangkan ia masih lagi belum dikira sempurna..Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat, peribadi dan masyarakat, aqidah dan akhlak dan sebagainya.Islam meletakkan wanita ke satu darjat yang tinggi dalam masyarakat, di mana wanita dianggap suci dan dipelihara serta dilindungi kesuciannya



Firman Allah Swt :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31].

Firman Allah Swt :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.



=>Secara umumnya,aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut,manakala aurat perempuan pula ialah seluruh bahagian badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tangan hingga pergelengannya sahaja.

=> Aurat perempuan dengan lelaki muhram dan perempuan Islam ialah antara pusat ke lutut.

=> Aurat  perempuan dengan perempuan kafir dan dengan lelaki bukan muhram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan hingga pergelengannya.

Aurat  wanita  adalah :
**Seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.
** Tidak tabarruj (boleh menyebabkan  pandangan mata tertuju kepadanya
**Kain yang tebal dan tidak nipis / jarang
**Pakaian yg longgar,tidak ketat, dan tidak mengikut lekuk bentuk badan.
**Tidak menyerupai pakaian  upacara agama lain 
**Tidak berlawanan jantina

**Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.

#Harus diingat bahawa lelaki juga terdapat aurat-auratnya yang wajib diikuti mengikut syarak :)

Bagaimana menutup aurat yang sebenar ??






  
Kan cantik begini ! :)



AURAT ITU WAJIB DITUTUP!!

Itu perintah dari Allah. Bukan daripada saya, dia, ataupun siapa-siapa.


Muslimah,  Jangan lupa pakai stokin dan armsock juga ya ! tudung biar labuh , xmahal pun ! *biar mahal maruah kita ,tidak mengapa :)
 tak susah nk ikut perintah Allah, nak dengan xnak ja ,kan ? moga Allah redha :)


# La ilaha illa anta..Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin…Tidak ada tuhan selain-Mu. 
Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim...




Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •






Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
Dua belas Rabiul Awal yang cerah,
Dua puluh April Tahun Gajah,
Lahirlah zuriat yang sa'adah.

Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirnya putra yang utama.

Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti.

Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia..

Salam Maulidur Rasul 1434H




**** Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala ali saidina Muhammad ****


Nabi saw bersabda:“Org yg lebih berhak mendapat syafaatku

 pada hari kiamat ialah org yg lebih banyak selawatnya 

kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)





Wednesday, 9 January 2013

Islam is Amazing


•✿ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿


"Lelaki Inggris bertanya

"Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh
jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab

"dapatkah kamu berjabat tangan dengan

Ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab

"Oh tentu tidak boleh! Cuma orang- orang tertentu saja yang dapat

berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata:


“Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, &

ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan

(yang bukan mahramnya).”



Lalu si Inggris bertanya lagi,

"Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut

mereka?"


Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama

terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.
*******************


Syeikh bertanya

“Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang anda pilih?"

Si Inggris menjawab

"Yang tertutup...”

Syeikh berkata

“Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab

"Wow Islam  is Amazing...” 


ayuh...ayuh..AYUH..AYUH!!!!, ikut syariat Islam :)



Akhwat Cute Hawaii Dermatology Pictures Pictures Pictures


 
Fully Edit by Ara Mat Nasir | Fatin Afiqah Azizan Copyright © - All Right Reserved 2013.