Tuesday 14 May 2013

Contoh Mulia Orang Yang Bersedekah :')


ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
assalamualaikum ukhti wa akhi :')



ADAKAH RASULULLAH RAJIN BERSEDEKAH ?
Sudah tentu.Rasulullah selalu memberikan teladan yg baik kpda umatnya.Apatah lagi dgn sedekah,Rasulullah dikenali sebagai individu yg raijn bersedekah.Dalam hadis menerangkan, ‘’Rasulullah adlah org yg paling berani dan paling dermawan’’.{Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim}

BENARKAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ PERNAH SEDEKAHKAN SEMUA HARTANYA?
Ya,benar..Abu Bakar As –Saddiq melakukannya semasa Perang Tabuk.Ketika itu,Rasulullah meminta supaya semua kaum Muslimin memberi sedekah bagi perjuangan pada jalan Allah.Pada masa itulah,Abu Bakar memberikan semua harta yg dimilikinya.

ADAKAH USMAN BIN AFFAN JUGA BANYAK SEDEKAHKAN HARTANYA SEMASA PERANG TABUK ?
Ya, benar.Ketika itu,Usman bin Affan memberikan lebih krg 1000 ekor unta,70 ekor kuda dan 1000 keping wang dirham.Jumlah yg diberikan Usman bin Affan itu dapat memenuhi 1/3 keperluan belanja perang itu.Selain dripada Abu Bakar As Siddiq dan Usman Bin Affan,ramai shabat nabi yg lain turut sama bersedekah harta mereka bagi berjuang pada jalan Allah.

MENGAPAKAH AISYAH SELALU MENYAPUKAN MINYAK WANGI PADA SETIAP WANG YG MAHU DISEDEKAHKAN KEPADA FAKIR MISKIN??
Menurut Aisyah,dia melakukan sedemikian krana semasa memberikan wang kpada fakir miskin,wang itu akan diterima terlebih dahulu oleh Allah bagi dicatat sebagai amalan ibadah.Oleh itu,kita perlu memberi wang ataupun barang yg halal sekiranya mahubersedekah.Bukan wang ataupun barang curi yg haram.

ADAKAH BENAR , AISYAH SELALU MENDOAKAN FAKIR MISKIN YG DIBERI SEDEKAH?MENGAPAKAH BEGITU ????
Ya,benar.Setiap kali fakir miskin itu  mengucapkan terima kasih dan mendoakan Aisyah,maka Aisyah pun turut mendoakan mereka.Perkara itu dilakukan Aisyah supaya pahala sedekahnya tetap dan xberkurangan.Sungguh mulia hati Aisyah kan ????

ADAKAH BENAR SA’AD BIN UBAIDAH BERSEDEKAH UNTUK IBUNYA YG SUDAH MENINGGAL DUNIA ?
Ya, benar..Sa’ad bin Ubaidah pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu.Boleh ataupun x ia bersedekah atas nama ibunya yg sudah meninggal dunia..Rasulullah berkata,sedekahnya itu akan membuatkan ibunya memperoleh ganjarannya..
‘’Wahai org yg beriman! Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dgn perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yg menyakiti,seperti (rosakkan pahala amal sedekah) org yg membelanjakan hartanya kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula x beriman kepada Allah dan hari akhirat’’
‘’SERONOKNYA BERSEDEKAH J’’

sumber : bacaan kt library sekolah..hehe :D moga bermanfaat ^^





senyum pun sedekah jugak.. :')


 
Fully Edit by Ara Mat Nasir | Fatin Afiqah Azizan Copyright © - All Right Reserved 2013.