Saturday, 20 April 2013

Hari Hijab Sedunia membawa seorang gadis Inggeris memeluk Islam

ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Hari Hijab Sedunia membawa seorang gadis Inggeris memeluk Islam






LONDON - Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

"Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan," katanya, seperti dilansir Onislam.

"Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak kata-kata kosong," tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

"Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang Saya cari-cari," katanya.

Saat memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

"Ibu bapa saya tidak senang tetapi mereka menerima keputusan saya. Ipar-ipar saya telah sangat menyokong, "kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba mendebatnya sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, hal yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat tertumpu di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Subhanallah.

Islam Itu Indah.. ^^,

Zahir pakaian bukanlah pengukur iman seseorang, tetapi orang yang beriman itu pasti menjaga zahir berpakaian agar bertepatan dengan syariat Allah..

Menutup aurat itu lebih indah, bukan??





Hasbi Allah Wani'mal Wakeel




     
 
Fully Edit by Ara Mat Nasir | Fatin Afiqah Azizan Copyright © - All Right Reserved 2013.